Monday, September 5, 2011

Arrghhh..tension gan Manusia Yg hanya Pentingkan DIri!!!!


kali neh aku nak luahkan perasaan cikit..!!..hehehe..

aku tak suka betoi orang yg pentingkan hanya diri dia saja...knp nak pentingkan diri sendiri??tak penah terpikir ka orang lain tak suka dengan cara hang??tak penah terpikir ka kesusahan orng lain..semata2 untuk hg??knp tak PIKIaq??hanya pikir tuk kepentingan diri sendiri??orang lain susah takpe??asal bukan diri sendiri???

orang camnie lebih baik kita menjauhkan diri...OK???
dah menyusahkan orang dah tue tak sedar diri plk??adoiii..ade ke org camnie??
susah kan kalau berkawan dengan org camnie..



Monday, August 22, 2011

Merepek pagi2 Buta

Assalamualaikum..

Pagi2 buta neh bleh plak kan post entri..tak sedar esok sekolah..kena bgun awal???huhu..takpelah saje nak wat gempak..huhu...

Lepas berbuka td..terus wat biskut raya..raya tak lama dah..praktikel pon nak abs da..tgal g 5 hari..yeahhhhh..Tak sabarnya...can't wait..huhu.Aku tgk kat Fb ramai yg sedey2 tgalkan student diorang..well sejujurnya aku takdelah sedey sgt..bleh jumpa ape???hahaha..g pon bebudak sekarang lg advace dr cikgu..enset cangih2...takde masalah lah tuk berhubung..Tak sangka setelah berhempas Pulas selama 4 tahun di UPsi akhirnya abs juga..Taun neh mgg betul2 raya...hehehe...ape dah aku dok melalut neh??adoiiii...


cuba teka gambar di atas mana satu cikgu??hahaha

sebenarnya Aku tak leh tdo..gerammm..hahaha..Biasalah kapel lama2 neh selalu gaduh jer memanjang??tak gitue??tp aku takdelah gaduh hahaha..just terasa hatie..biasalah perempuan..nakkan perhatian selalu...laki cam biasa..dengan muka poyo..tak paham!!!adeyyy..last2 perempuan kena pujuk diri sendiri??tak gitue??hahaha...


sebelum aku memalukan diri sendiri lebih lagi..baik out dulu..hehehe...sehingga bertemu kembali..


Saturday, August 13, 2011

lama MenghilangKan diri

erm..Salam...memang dah lama sangat-sangat tak tolis blog neh..malas..ingat nak shutdown ja blog neh..tp fendi tak kasik..dia ckp t tuk bubuh gambar kawen?!!!?hahaha...lama lg lah..so aku pon tak buang lah..

sekarang aku tgah praktikel,bahkan nak abs da..alhamdullillah..tak sabarnya aku..hahaha..raya kali neh penuh bermakna!!!pasai apa??sebab selama 4 taun belajar akhirnya aku berjaya "nak" menghabiskan(tak abs g)...ijazah sarjana muda pendidikan..

selama aku di SMK Pekan Baru,mcm2 yang aku belajar dan lihat..budak2 zaman sekarang memang advance...memang betul-betul mencabar kewibawaan guru-guru zaman sekarang...bayak pancaroba dan dugaan perlu cikgu tempuhi...bdk2 tue mungkin belum tahu lg bagaimana payahnya di alam pekerjaan nanti,dengan teknologi seperti internet,Fb,blog,bahkan enset boleh melalaikan bdk2 sekarang..hah cam aku..sekarang nyesal tak blaja rajin2 dulu..huhu..(seb bek cepat insaf)

seingat aku,time sekolah memanglah aku neh degil..pemalas pon ada..hahaha..tp aku tetap hormat cikgu..tp bdk2 sekarang perasaan hormat pada cikgu makin berkurangan...

tambahan pula bulan puasa ini..dugaan makin menjadi2..hahaha..oh!!! selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di dunia..

tah apa g nak melalut..da..
p/s bawah neh aku letak gambar cikgu2 praktikel yang lain..ramai lg tp tak muat..lain kali k..hahaha






Friday, April 1, 2011

Pendeta Zaba

Kali neh entri berilmiah ckit..hihi...korang tahu tak siapa satu2 pendeta di dalam negara malaysia ini??dia yg telah menjadikan kita suma bleh baca Bahasa melayu dengan tatabahasa yang betul???dia yg telah betoi2 byak berjasa dalam perkembangan bahasa melayu dan memperjuangkan bahasa melayu ini??dia yg cipta suma tatabahasa melayu suma neh???(tatabahasa aku pon tak betul)..hihi

dia adalah Pendeta Zaba..meh kita baca serba sedikit tentang dia k.


Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau. Ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuan agama, dan satu-satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi.

Pendidikan awal Za'ba bermula di rumahnya sendiri, termasuk pelajaran asas agama dan tulis-menulis (Jawi). Pada bulan Julai 1907, Za'ba belajar di Sekolah Melayu di Batu Kikir dan kemudiannya dia bersekolah di Linggi. Di samping meneruskan pendidikan sekolah Melayu pada waktu pagi, Za'ba belajar agama dan nahu bahasa Arab di Masjid Linggi pada waktu petang daripada Abas bin Zakaria, ulama terkenal di Negeri Sembilan. Za'ba muncul sebagai pelajar sekolah Melayu terbaik dalam peperiksaan Darjah Lima, semasa di Linggi.

Za'ba juga menduduki peperiksaan untuk menjadi guru atau untuk memasuki sekolah Inggeris seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan sekolah Inggeris di Seremban. Dia muncul sebagai pelajar terbaik daripada 265 orang calon. Pada mulanya Za'ba memilih untuk menjadi guru, tetapi akhirnya dia memilih memasuki sekolah Inggeris, iaitu St. Paul's Institution, Seremban. Di sini dia belajar selama enam tahun (1910-1915), sehingga memperoleh sijil Senior Cambridge. Dia banyak menerima hadiah kerana kecemerlangan pencapaiannya, akhirnya muncul sebagai anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berjaya dalam peperiksaan tersebut.

Za'ba ditawarkan bekerja sebagai guru sementara di sekolahnya, dan selepas itu dia memasuki perkhidmatan perguruan di English College, Johor Bharu (Jun 1916-September 1918). Dia pernah menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar (Oktober 1918-April 1923), dan pada peringkat inilah Za'ba lulus peperiksaan ikhtisas perguruan (Normal Class, pada tahun 1921); penterjemah di Pejabat Pengarah Sekolah-Sekolah Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Kuala Lumpur (Mei 1923-Mac 1924), dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (April 1924-September 1939). Kemudian dan menjadi penterjemah dan juruhebah di Pejabat Penerangan Singapura serta menjadi penyelenggara buku pendidikan Melayu di Jabatan Pelajaran Singapura (Oktober 1939-Januari 1941).

Semasa pendudukan Jepun du Tanah Melayu, Za'ba berkhidmat sebagai ketua pengarang dan penterjemah berita Radio Jepun, serta menyelenggarakan penerbitan buku bagi jabatan Pelajaran dan Agama, Bunkyo-ka (Mac 1942-Julai 1945). Selepas perang dunia kedua tamat, Za'ba bertugas sebagai penterjemah di Mahkamah Tinggi dalam Pentadbiran Tentera British di Kuala Lumpur (September 1945-Julai 1946); kemudian kembali ke jawatan lamanya sebagai penterjemah kanan bahasa Melayu dan pengarang buku teks di Pejabat pelajaran, Kuala Lumpur (Ogos 1946-Ogos 1947); pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London (September 1947-hingga bersara pada September 1950).

Pada tahun 1953, Za'ba menjadi pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu yang pertama di Universiti Malaya, Singapura (April 1953-Januari 1959). Semasa di University of London, Za'ba memperoleh Sarjana Muda Sastera (1953). Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi. Sepanjang kerjayanya selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan penulis rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik.

Kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh kerajaan kolonial British, terutama sepanjang dia berada di MPSI. Walau bagaimanapun, dia tetap aktif dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum di Biro Penterjemahan (pejabat Karang Mengarang) MPSI, selain memberi perhatian yang khusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu. Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di maktab dan institusi pengajian pada masa itu, bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jilid dalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949).

Dia juga terlibat secara aktif dalam gerakan pembaharuan Islam dan menghasilkan beberapa buku tentang agama Islam. Antaranya ialah Falsafah Takdir (1932), Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba (1934), dan Asuhan Budi Menerusi Islam (1958). Buku kedua Za'ba itu telah diharamkan pengedarannya di negeri Perak oleh pihak berkuasa pada zaman tersebut.

Setelah Perang Dunia Kedua tamat, Za'ba bergiat aktif dalam pertubuhan politik tanah air. Dia menjadi Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (PMS) menggantikan Tengku Ismail. Dia dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu Se-Malaya yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 1946, yang kemudian melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Pada tahun 1956, Za'ba mengetuai satu lagi kongres yang penting bagi bangsa Melayu. Kali ini ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga, dan pada akhir kongres ini Za'ba dianugerahi gelaran "Pendeta". Ini dilakukan kerana mengenang jasanya yang tidak terhingga dalam bidang bahasa. Walaupun penglibatannya dalam bidang-bidang lain tidak
boleh diperkecil, tetapi sumbangan dan tulisannya dalam bidang bahasa yang paling menonjol. Dalam pendahuluan Pelita Bahasa Melayu Penggal I misalnya, dia mencatatkan kegigihannya menerapkan nahu Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu. Dengan itu dia menjadi sarjana Melayu yang pertama menghasilkan huraian tatabahasa Melayu yang lengkap dan mendalam.

Atas segala khidmatnya Za'ba telah diberikan beberapa anugerah dan ijazah kehormat, iaitu Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959), Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (1973), dan darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri (1962).

Za'ba meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 di Petaling Jaya.

Sumber: Ensiklopedia sejarah dan Kebudayaan Melayu: Jilid 4, R-Z, 1999. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 2611-2612.


BIBLIOGRAFI
Baharudin Zainal et. al. (peny.), 1981. Wajah (Biografi 100 Penulis). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 436-441.

Wajah (439) Za'ba dikenali sebagai seorang yang tegas. Beliau sedia menerima kebenaran serta mengakui kesilapannya. Hal ini dapat dilihat dari kata-katanya berhubung dengan kemasukan bahasa Indonesia, "Saya dulu menentang kemasukan bahasa Indonesia ke dalam bahasa Melayu, tetapi sekarang saya kalah. Saya sendiri telah menggunakan bahasa Indonesia itu. Kalau ada yang bertanya mengapa kita ikut menggunakan perkataan 'organisasi' atau 'demonstrasi' tidak organisation atau demonstration saya akan menjawabnya, itu adalah bahasa Indonesia bukan bahasa Belanda kerana kita mengambilnya dari bahasa Indonesia." h. 439. Karyanya, rujuk Wajah, h. 440.




Friday, March 18, 2011

hai Semua!!!!!! (ala2 shila rosli)

dah lama Aku tak post something kat blog aku...mgg dah lama kan..tp takpa kali neh kita story-mory ckit k...

cam biasa..kali neh aku kembali Pokai..itu dah tentu ujung2 sem neh..dan aku nak praktikel..hihi..tp dlam kesibokkan aku sem last neh..aku sempat lgi lah pg download cita korea..hahahaha....

Well aku nak rekomenkan korang tgk cita neh..mgg best siot..bilalah bleh ada pakwe korea sekacak Kim hyung jong..hihi..berangan jalah kan..hihi..OK2 berbalik kpd story kita..

ini adalah citer yg aku rekomen kan kat korang iaitu PLayfull kiss..kim hyung Jong a.k.a pakwe aku yg berlakon...best citer dier..mesti ada yg dah tgk kan???



satu g citer Dream high..had neh aku belom tgk abs g..tp kim hyung jong ada gak berlakon..tp kejap2 jalah..hihi..selamat mendownload..gan melayan korea yipiiiii!!!




oh tp jgn lupa diri..ingat kejadian kat jepon tue...dgn gempa buminya..tsunaminya..
syukur negara kita takde jadi cam tue kan..takziah kpd jepon..(^_^)V

Wednesday, March 2, 2011

~Wa Geram Argghhh~



~ermm..lama kan aku tak post something sebab malas..tp kali neh..
aku betoi2 bengang dan terasa atie,mgg lah pompuan org ckp mudah terasa atie..tp walaupon selama nie awak ckp saye macam2 sya tak kisah,sya anggap awk melawak..tp sebenarnya saya terasa gak gan kata2 awak..tak tau nak ckp gan sapa..
kali neh..tak de lg enTri KasiH sYang..hihi~

apa Yg saya ckp semuaNya salah sgt ke??
kita risaukan keadaan dia..dia bleh ckp kat kIta cam tue plk...siaP marah2 g.??

Lepas neh lantaK Lah Nak wat apa..aku Tak mau pedulI lg...
bak kata org Biaq P kat dia!!!!!hahahaha





Sunday, February 20, 2011

~Fenomena HKLBR~

Well suma pon tahu kan betapa Lawaknya cerita neh..(ce cite..ce cite)..hehehe...
sebenarnya aku pon bru tGK ja ceta neh..kawan aku da kasik cita neh..apa g Time tgk tue gelak sampai bak terkuar usus perut..hehehe..

Yg bestnya kate2 kat filem neh..betoi2 menjadi ikutan ramai..kat Fb ke..kat mana2 ke..ade je dengor org ckp..ayat2 dari filem tue..Watak aku paling syok..Ucop tue..lagak die..tangan die..mgg terburai perut aku tgk..hehehe...


Tambahan pula ada Johan..Aku mgg minat johan..dr cerita Oh yeah g..hehe..mgg betoi2 lawak dia tue..suka part die jadik apek cina..betoi2 menjadi..gan budaya sindir menyindir..kat umah sewa neh..kami suka praktikkan budaya sindir menyindir tue..hahaha..biaq masing2 takdelah poyo gan gediks sgt cam ex-housemate dulu(seb bek dia dah beram%^& dr umah neh)..hihi..itu cerita lain k..takde kena mengena gan Hantu kak limah balik umah..

Jom layan Lagu cinta Kristal



~Pi je Jalan Lagi~


Assalamualaikum.(^_^)..dah lama kan tak da entri..erm..mlas cam biasa...
cuti Mggu lepas...kawan aku nad datang Tj malim neh sebab ada hal..so,tanpa dirancang dia ajak aku gan eina, g tdo umah dier..aku pon siap2 barang2 suma..terus p...kalau planing tak merancang neh selalu jadik..selalu Merancang plan bgai nak rak..tup2 tak jadik..kan..kan..kan..


Dah tue nad tunjukkanlah mana sekolah dier mngajar,umah sewa tempat tingal dier..elok umah sewa dia..kemas..ade 2 org cikgu gak tgal kat ctue...Nad bru 3 bulan di Sg.BulOh tue..tp teror gak jejalan kat sana...

Dah tue..kami gerak g IKEA..mgg best sgt2..aku suka tempat juai perabot2 neh..bleh berangan-angan..hahaha..punya ramai org..maklumlah ari sabtu...cantik sgt perabot2 dier..t kawen beli kat sana..hahaha..perasan..Nad ckp makanan ctue sedap tambah2 kek gan meat ball dia..mgg dr dulu aku teringin sgt nak makan sana..kan ramai cerita tentang kehebatan meat ball IKEA tue..aku pon nak trylah..errm..mgg sedap giler..licin kmi makan..hehehe..aku neh reja cita bab makan ja kan??hehehe..febret aku makanlah..hahaha

meetball Ikea Dap giler

malam Tue kitaorg g uptown danau kota..erm..mgg ramai org cam biasalah,hidup org KL meriah gan suasana malam kan...aku Sempat g beli jam gan spek 5 hengget..hahaha....Eh lupe plak..kmi sempat singgah Tesco..nak beli barang makan esok pg..kmi wat spegiti tuk esok pg...hehehe..Balik umah sewa nad, masing2 ngantuk terus tdo...

konon spek mahai

Keesokkan paginya kmi g jejalan g...Kami gerak pg taman lelayang kat damansara tue..Apa kes nak pg taman panas2 terik??hahaha..saja nad nak bawak kmi..bla g nak pg kan???dah tue ambik2 gambaq..byak gaklah kmi ambik..walaupOn panas giler..hahaha..(bak kata nad..time Panas2 camnie ambik gmbaq cun oh)..hahaha

panasnya

Dah penat berjalan tue..nad anta kami ke Komuter kuang..dekat jer gan umah dia..kentot pon dengar..hahaha..dah tue ape g..dalam komuter tdolah..penat berjalan neh..walaupon panas dlm komuter tue..sempat aku tdo..lantaklah..panas ke ape ke..asal aku bleh tdo..hehehe..



Wednesday, February 16, 2011

Giveaway Eysha


sekali lagi cam biasa..satu ari arineh menghabiskan tag dr Ayu..yg neh jer yg sempat wat..lain2 dah tarikh luput...hehe..

meh lan ramai2 join..senang jer 4low dah tue tggu adiah(kalau dapat)..hehehe..tuan pyn blog Giveaway Eyha...

ok tag:
yunie
cikida
aman(hehe)






Contest Comelnye berbaju kurung

alamak..sebenarnya aku dah lame kena tag..tp tak pasan.tarikh tutup 20hb(cepat2).tq org yg tag aku..Ayu (dia cantik sgt,suka baca blog dia)..jom ramai2 kita join contest neh..Comelnya berbaju kurung.

Kenapa ek korang rasa perempuan pakai baju kurung tu comel??
eh knp ek??hehehe..bg saya ia simple..G pon ia menjadi trend sekarang tuk dipakai di mana2 tempat..cam nampak cute, comel gtue...hehehe.Bju kurung bleh dikatakan dipakai oleh saye tiap2 ari.g kelas..Ia pakaian formal.so sesuai kan dipakai oleh perempuan.

pic atas neh time kat kolej perarakan maulidur rasul.pakai bju kurung cap upsi.formal sgt kan..hehe..

bagi pendapat saya tentang baju kurung, ia sangat cantik, simple,sopan dan sangat selesa bila di pakai.,sebab ia pakaian yg formal dan sesuai dipakaikan time bila2 jer..g pon ia sopan menutup aurat,tambah2 lg ia kan pakaian rasmi org melayu. Saya pon tiap2 ari pakai bju kurung jer g kelas.senang,kemas.G pon sebagai cikgu baju kurung adalah kemestian..Betul tak??Ia adalah pakaian formal yg sesuai tuk apa2 keadaan atau majlis.Tak tahu lg nak tolis ape..hehehe..oklah takat tue..

meh plak kita tag:
heartless
yunie
awin
eyja
asma

~Sedey~

time junior tdoq..hehe

erm..td dok belek2 fb..dah tue adik aku ckp..kucing ku Junior(nama dia,mak aku yg kasik nama tue)..mati..termakan racun..tuelah dia suka makan benda pelik2..kan dah termakan racun tikus..

adk aku ckp dia muntah kuar darah (tktnya dengar)..bapak aku tanam tepi umah..then bapak aku bg msg, g tau..uwaaa..cianya dia..aku syang dia oh..walaupon dia sgt3 nakaL..suka panjat2..gigit kaki aku..cakar tgn aku sampai bebekas..tp aku syang dia..Uwaaa..

selalu dia temankan aku time aku wat asgment..tdoq tepi aku..uwaa...cantik dia,walaupon jantan..hihi..ekor dia pjg..kami bela dr kecik,sejak lahir..berapa byk taik dia aku buangkan..hehehe...sekarang tgal 4 ekor je g.tam.teh.comel gan tompok...tak sempat tgk junior..erm..

takpa2..dia kompem masuk syurga kan..dia baik..hihi..binatang kan lepas mati t masuk syurga..I miss u so much my junior!!!!


selamaT bercuti dan Salam maulidur rasul

Dah lama aku tak post something kan??bukan bz tp mals..hehehe..walaupon kelmarin maulidur rasul..tp aku tetap nak ckp gak..Hepi birthday Nabi Muhammad s.a.w..dan salam maulidur rasul knp semua....

Erm sempena cuti aku pon kuar jap..pg jumpa buah hatie(sempat g tue)hehehe...just jumpa tuk bg adiah tuk dia temuduga jumaat neh..wish him good luck.


Ramai yg ambik kesempatan kuar time cuti2 neh..termasuklah aku...hehehe...kmi just jumpa kat Times Square gan pg makan Wendy..sedap dowh..hehehe...(ingat makan g),aku oder beger daging 1 tingkat 2 set..tetapi pekerja tue salah bg..dia bg 1 set,berger 2 tingkat..dah bedal bru pasan..apa g..pakwe aku gan gelojohnya makan..beger dia lah dpt 2 tingkat..

beger 2 tingkat..hihi

gan tgk wayang citer green Hornet..walaupon citer tue dah lama main..tp aku tak tgk g..best gak citer dier..lawak.aku suka tgk jay chow,walaupon takdelah hensem sgt pon..tp dia mgg style..hahaha..tak ambik 3D..sebab mahai ngat..jimat duit..hehehe..



dah tue singgah jap low yatt..adik aku amal..pesan soh beli barang2 tuk laptop dia lah..dia dah masukkan duit..aku pon belilah..pergh!!! lowyat mgg tak penah surut dengan org..mgg ramai..nak jalan pon payah...cam biasa aku..cepat lenguh kaki..badan berat sgt..cam tuelah natijahnya..hahaha..


lepas tue aku pon baliklah..dah penat..time balik ujan plk..aku pon ambik tiket naik bas..dlam bas ape g..tdoq lah..penat berjalan mane tak tdoqnya..hahaha...teruk sgguh aku neh..


Aku just harap t jumaat neh b pg interview bleh wat yg terbaik k..yakin pada diri..potong rambut bg pendek,pakai kemas2 ckit,kasut itam bertutup(beleter dah)hihi..dan semoga berjaya. Kita doakan yg terbaik tuk b..t keja jgn lupa blanja kita k..hehehe..





Monday, February 7, 2011

Sorry Sorry Sorry...AKu Di Tag..(^_^)

Aku di TAg oleh rakan blogger aku Heartless..sebenarnya agak lama aku di tag..tp bz tak jawab g..G Pon susah soalan neh..aku pon taK paham..hentam jalah..hahahaha..

Neh Solan dia:For each question, press the next button for your answer. You must write that song title as the answer of the question, no matter how silly it sounds. Most of the time they seem to work though, strangely enough. Okay go! When you're done, tag 20 people in this note, and make sure to tag the person who sent you this. The answer of no.20 is the title of your note.

Neh dalam BM= kita play lagu2 kt library pc kita ni. tapi, kena turn on shuffle oke. tok stiap soalan kita tukaq ke next song, and title song tu akan jadi jawapan soalan tu. xyah payah2 nk pikiaq jawapan pun. hehehe... koja sonang. tok soalan last skali soalan no.20 akan jadi title post kita. jgn lupa tag 20 orang k.


1. If someone say, "Is this okay?", you say?
Dont'Tell me-Avril Lavigne
(Aku pon tak tahu..hahaha)


2. How would you describe yourself?
Aku Insan Biasa - Kris Dayanti
( cewah..hahaha )


3. What do you like in a guy/girl?
Seindah Biasa - Siti Nurhaliza
( SUka cam Adi Putra..WOW..hahaha )


4. How do you feel today?
Rindu - Amelina
( hahaha.. dangdut ckit)


5. What is your life purpose?
I'm Alive-Celine Dion
(Aku Mahu Hidup dgn Aman Damai )


6. What's your motto?
Baraka Allahu Lakuma - Maher Zain
(Nak Kawen..hahahah..[^_^])


7. What do your friends think of you?
Crazy - Britney Spears
( tambah2 kawan bek aku eina..hihi )


8. What do you think of your parents?
For The Rest of My life-Maher Zain
( tiada pegantinya )


9. What do you think about very often?
Money Money Money-Abba
( pikiaq pasai duit jalah hari-hari..hihi)


10. What is 2+2?
Just Dont tell me that-N'sync
(tah aku pn tak paham soklan??..hihi..jawapan dia 4 lah)


11. What do you think of your best friends?
I need you - LeAan Rimes
( perlukan tuk bsuh bju aku..hahaha)

12. What do you think of the person you like?
Kekasih Gelapku-Ungu
(hahaha..dia mgg gelap pon)

13. What is your life story?
Lucky - Britney
(Bertuah Dilahirkan..hihi)

14. What do you want to be when you grow up?
Kami Guru Malaysia-cikgu2 semalaysia
( InsyaAllah)

15. What do you think of when you see the person you like?
OutRageous-Britney
( hahaha )

16. What will you dance at your wedding?
selamat Pengantin baru-saloma
(tp takkan pengantin nak menari kot??buruk benor aih..hahaha)

17. What will they play at your funeral?
Surah Yasin
(biasalah dah meninggal)

18. What is your biggest fear?
Zombie-The cranberris
( takutlah antu..hihi)

19. What is your biggest secret?
Diam-diam Jatuh cinta-Kak Melah
( rahsia??diam2 suda)

20. What will you post this as?
Sorry Sorry Sorry-Super Junior
(lambat Post..hehehe)

So aku kena tag sape2 la k..20 org??ramai sgtlah..kawan aku pon tak seramai itu..just 10 org oklah na..


Cuti Raya cInA aka Cuti sEM

~well Cuti Kali neh cam biasa Aku penuhi molUT aku Dgn nasik Minyak,iaitu kenduri Kendara sepupu sepaPat segunung SeGanaNg~hehe..taniah knp kawan aku Mat Syarip yg kwen,sori tak Dpt pigi Baling,sepupu kawen..Dolu Poli wah pendiam..tup2 kawen lu..Kalau cam tue Aku pon nak jadik Pendiam arr..bleh kawen awai..hahahaha~



Dah tue Jumaat sebelum raya CIna tue..bzday adik aku yg Bongsu..asri..jadik aku dah dpt PTPTPu..aku belanjalah family aku Pg maKan2..

mula2 Pgi J.co donut Kat Qb..wah mgg sedap gila babas donut dia..kembang pipi aku makan donut dia..hahaha..kmi beli mini Donut..senang suma Rasa ada..Donat dia cepat abs..letak jer abs..Tempat pon peNUh..biasalah Tempat Org lepak2 PenUH arr selaLU..dah Tue beli sekali yoYurt dia..wah had nie g sedap..masam2 tambah gan manis2 buah die..gulp..




~tp makan2 benda cam neh mana kenyang..hahaha...so sebab keluarga aku yg lapar di waktu malamnya kmi pg kedai Tomyam yg selalu kmi pegi kat Nibong tebal..ape tah name kedai tue lupa..selalu makan kat ctue..pekerje dia ore kelantan cun2..waiter dia suma pakai sanggul Tinggi..(ape kena mengena)..hihi~cam biasa oder nasik Lauk2 suma..dan Bzday Boy..melantak dengaN jayanya..Belanja Family sungguh meRiangkan..hihi..t tadak duit ujung2 seM mintak mak gak..hahaha~T aziem dah keja Kita makaN hebat2 G k..


Wednesday, January 26, 2011

yeah..dapat award dr cik eyja


Oleh kerana aku neh tak malu..mintak award kat org..so aku dptlah..hahaha..dpt dr kawan aku..sejak poli..eyja..tq my fren..ini pertama kali di tag..soalan agak mencabar utk dijawab..hahaha..layan..

1. siapakah pakwe yang paling anda sayang??
pakwe aku siwon..anggota kumpulan super junior..hahaha..

2.bilakah anda akan berkahwin??
kawen???30.2.2012(wujud ka tarikh tue??)

3.adakah anda gem0k??
Ya..gumuk gila..hahaha

4.berapakah berat badan anda sekarang??
berat melebihi cik eyja..hahaha

5.bilakah tarikh anda akan belanja sy makan??
jom t mad syarip kawen..aku belanja hg makan nasik minyak dia..hihi


Sunday, January 23, 2011

Febret Aku makAn

hihi..neh adalah entri yg paling aku suka iaitu bab makan..ari khamis aritue,sempt pg dating..hihi..so pg2 bergerak..ambik kometer dr tj malim ke Midvaley..aku naik coach wanita..mula2 takdelah padat..lama2 nak bernafas pon tak bleh..terlalu ramai org..kan cuti umum..Thaipusam..mgg berlambak lah org..seb bek dpt tempat duduk..sempat tdo semint dua..hahaha..2jam bru sampai tdolah jap..hihi...


dah tue..jalan2 dating2..makan2...dah 2..aku pon ternampak satu kedai juai cream puff..wah mgg febret aku(sejak tgk cerita Absolute Boyfriend,alah citer jepon bf dia robot hensem tue).aku Pon belilah..sebijik jer beli...lepas tue simpan dlm beg..sebab nak pg beli barang2 dapor..hahaha(dating pg beli barang dapor)..dlm pukul 2..aku nak balik..sebab tkt balik lewat plk..time tggu train..aku bukak lah cream puff aku(tak sabar nak makan)..sambil duduk bersila tggu kometer..Tgk2 cream puff aku dah penyet..Takpa2 cream puff pyn pasal aku makan gak.sedap gilerr


..cream puff die tak manis,rasanya berkrim disukai ramai...Mula2 en pendi cam tak lalu,..lepas dia rasa..mintak g..sya bg ckit jer..sebab saya yg beli...nak byk?? beli sendirilah..hahaha..

..best3..

ok petang t lepas balik jog kami nak wat satu g makanan jepon OKONOMIYAKI..hahaha..(lepas tgk cerita hanazakari,hehehe)sajer2 nak try..kat umah sewa.(entah jadik tah tidak,makan jalah).keja kami masak,makan.makan.makan..kami ambik resepi neh kat dari dapur maisya..TQ..


gambar hiasan jer

Osaka-style Okonomiyaki

Batter:
5 sudu besar tepung
4 sudu besar dashi/stok ikan bilis/stok ayam/stok udang/stok daging
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil gula
garam
1 telur

Bahan-bahan inti( ikut suka nak letak apa..semua bahan dihiris halus):
kobis
daun bawang, daun sup
bawang
sosej
udang(takdak Udang..tak letak)

Bahan hiasan:
Sos okonomiyaki(takdak gak ganti sos cili dah lah)
Mayonis
Serbuk nori( seaweed)(takdak gak)

Gaul rata semua bahan utk batter.

Campurkan semua bahan inti ke dalamnya dan gaul rata.( agak-agak le kuantitinya...patutnya batter tu cukup sekadar dapat meliputi semua bahan inti )

Panaskan kuali, bubuh minyak sikit.

Sendukkan adunan dan bentukkan bulat( macam pancake ). Masak dengan api sederhana hingga perang kedua-dua belah.

Angkat. Sapukan sos, mayonis dan taburkan serbuk nori.

(^_^)V