Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Pendeta Zaba

Kali neh entri berilmiah ckit..hihi...korang tahu tak siapa satu2 pendeta di dalam negara malaysia ini??dia yg telah menjadikan kita suma bleh baca Bahasa melayu dengan tatabahasa yang betul???dia yg telah betoi2 byak berjasa dalam perkembangan bahasa melayu dan memperjuangkan bahasa melayu ini??dia yg cipta suma tatabahasa melayu suma neh???(tatabahasa aku pon tak betul)..hihi

dia adalah Pendeta Zaba..meh kita baca serba sedikit tentang dia k.


Za'ba (Tan Sri, 1895-1973) ialah tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Nama sebenarnya ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Dia lahir pada 16 September 1895 di Kampung Bukit Kerdas, Jempol, batu Kikir, Negeri Sembilan. Ibunya Intan Awaluddin berketurunan Minangkabau. Ayahnya yang berketurunan Bugis Linggi merupakan orang yang berharta, berpengetahuan agama, dan satu-satunya penduduk di kampung itu yang tahu membaca dan menulis Jawi.

Pendidikan awal Za'ba bermula di rumahnya sendiri, termasuk pelajaran asas agama dan tulis-menulis (Jawi). Pada bulan Julai 1907, Za'ba belajar di Sekolah Melayu di Batu Kikir dan kemudiannya dia bersekolah di Linggi. Di samping meneruskan pendidikan sekolah Melayu pada waktu pagi, Za'ba belajar agama dan nahu bahasa Arab di Masjid Linggi pada waktu petang daripada Abas bin Zakaria, ulama terkenal di Negeri Sembilan. Za'ba muncul sebagai pelajar sekolah Melayu terbaik dalam peperiksaan Darjah Lima, semasa di Linggi.

Za'ba juga menduduki peperiksaan untuk menjadi guru atau untuk memasuki sekolah Inggeris seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar, dan sekolah Inggeris di Seremban. Dia muncul sebagai pelajar terbaik daripada 265 orang calon. Pada mulanya Za'ba memilih untuk menjadi guru, tetapi akhirnya dia memilih memasuki sekolah Inggeris, iaitu St. Paul's Institution, Seremban. Di sini dia belajar selama enam tahun (1910-1915), sehingga memperoleh sijil Senior Cambridge. Dia banyak menerima hadiah kerana kecemerlangan pencapaiannya, akhirnya muncul sebagai anak Melayu Negeri Sembilan yang pertama berjaya dalam peperiksaan tersebut.

Za'ba ditawarkan bekerja sebagai guru sementara di sekolahnya, dan selepas itu dia memasuki perkhidmatan perguruan di English College, Johor Bharu (Jun 1916-September 1918). Dia pernah menjadi guru di Maktab Melayu Kuala Kangsar (Oktober 1918-April 1923), dan pada peringkat inilah Za'ba lulus peperiksaan ikhtisas perguruan (Normal Class, pada tahun 1921); penterjemah di Pejabat Pengarah Sekolah-Sekolah Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Kuala Lumpur (Mei 1923-Mac 1924), dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim (April 1924-September 1939). Kemudian dan menjadi penterjemah dan juruhebah di Pejabat Penerangan Singapura serta menjadi penyelenggara buku pendidikan Melayu di Jabatan Pelajaran Singapura (Oktober 1939-Januari 1941).

Semasa pendudukan Jepun du Tanah Melayu, Za'ba berkhidmat sebagai ketua pengarang dan penterjemah berita Radio Jepun, serta menyelenggarakan penerbitan buku bagi jabatan Pelajaran dan Agama, Bunkyo-ka (Mac 1942-Julai 1945). Selepas perang dunia kedua tamat, Za'ba bertugas sebagai penterjemah di Mahkamah Tinggi dalam Pentadbiran Tentera British di Kuala Lumpur (September 1945-Julai 1946); kemudian kembali ke jawatan lamanya sebagai penterjemah kanan bahasa Melayu dan pengarang buku teks di Pejabat pelajaran, Kuala Lumpur (Ogos 1946-Ogos 1947); pensyarah Bahasa Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London (September 1947-hingga bersara pada September 1950).

Pada tahun 1953, Za'ba menjadi pensyarah kanan merangkap Ketua Jabatan Pengajian Melayu yang pertama di Universiti Malaya, Singapura (April 1953-Januari 1959). Semasa di University of London, Za'ba memperoleh Sarjana Muda Sastera (1953). Za'ba muncul sebagai cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi. Sepanjang kerjayanya selama hampir 40 tahun, Za'ba bergiat secara aktif dalam bidang penulisan dan berbagai-bagai kegiatan sosial serta politik tanah air. Za'ba merupakan penulis rencana dan esei yang berbakat istimewa dan gigih, sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Penulisannya yang begitu prolifik mencakupi bidang bahasa, sastera, agama, pendidikan, ekonomi dan politik.

Kegiatan penulisannya sentiasa dibendung oleh kerajaan kolonial British, terutama sepanjang dia berada di MPSI. Walau bagaimanapun, dia tetap aktif dan banyak tenaganya ditumpukan ke arah penerbitan buku sekolah dan buku bacaan umum di Biro Penterjemahan (pejabat Karang Mengarang) MPSI, selain memberi perhatian yang khusus dan lebih serius kepada usaha untuk memajukan bahasa Melayu. Beberapa buah buku penting tentang tatabahasa telah dihasilkannya yang digunakan di maktab dan institusi pengajian pada masa itu, bagi mengisi kekosongan yang wujud. Antara karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu (1926), Rahsia Ejaan Jawi (1929), Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu (1934), Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi (1938), dan tiga jilid dalam siri Pelita bahasa Melayu (1940, 1946 dan 1949).

Dia juga terlibat secara aktif dalam gerakan pembaharuan Islam dan menghasilkan beberapa buku tentang agama Islam. Antaranya ialah Falsafah Takdir (1932), Pendapatan Perbahasan Ulama pada Kejadian Perbuatan dan Perusahaan Hamba (1934), dan Asuhan Budi Menerusi Islam (1958). Buku kedua Za'ba itu telah diharamkan pengedarannya di negeri Perak oleh pihak berkuasa pada zaman tersebut.

Setelah Perang Dunia Kedua tamat, Za'ba bergiat aktif dalam pertubuhan politik tanah air. Dia menjadi Yang Dipertua Persatuan Melayu Selangor (PMS) menggantikan Tengku Ismail. Dia dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kongres Melayu Se-Malaya yang berlangsung dari 1 hingga 4 Mac 1946, yang kemudian melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Pada tahun 1956, Za'ba mengetuai satu lagi kongres yang penting bagi bangsa Melayu. Kali ini ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ketiga, dan pada akhir kongres ini Za'ba dianugerahi gelaran "Pendeta". Ini dilakukan kerana mengenang jasanya yang tidak terhingga dalam bidang bahasa. Walaupun penglibatannya dalam bidang-bidang lain tidak
boleh diperkecil, tetapi sumbangan dan tulisannya dalam bidang bahasa yang paling menonjol. Dalam pendahuluan Pelita Bahasa Melayu Penggal I misalnya, dia mencatatkan kegigihannya menerapkan nahu Arab dan Inggeris kepada bahasa Melayu. Dengan itu dia menjadi sarjana Melayu yang pertama menghasilkan huraian tatabahasa Melayu yang lengkap dan mendalam.

Atas segala khidmatnya Za'ba telah diberikan beberapa anugerah dan ijazah kehormat, iaitu Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya (1959), Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (1973), dan darjah Panglima Mangku Negara (P.M.N.) oleh Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri (1962).

Za'ba meninggal dunia pada 23 Oktober 1973 di Petaling Jaya.

Sumber: Ensiklopedia sejarah dan Kebudayaan Melayu: Jilid 4, R-Z, 1999. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 2611-2612.


BIBLIOGRAFI
Baharudin Zainal et. al. (peny.), 1981. Wajah (Biografi 100 Penulis). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 436-441.

Wajah (439) Za'ba dikenali sebagai seorang yang tegas. Beliau sedia menerima kebenaran serta mengakui kesilapannya. Hal ini dapat dilihat dari kata-katanya berhubung dengan kemasukan bahasa Indonesia, "Saya dulu menentang kemasukan bahasa Indonesia ke dalam bahasa Melayu, tetapi sekarang saya kalah. Saya sendiri telah menggunakan bahasa Indonesia itu. Kalau ada yang bertanya mengapa kita ikut menggunakan perkataan 'organisasi' atau 'demonstrasi' tidak organisation atau demonstration saya akan menjawabnya, itu adalah bahasa Indonesia bukan bahasa Belanda kerana kita mengambilnya dari bahasa Indonesia." h. 439. Karyanya, rujuk Wajah, h. 440.




Sunday, January 23, 2011

JoGgIng

gambar takde kena mengena..


Erm dengar tentang jonging Pon cam dah penat kan???aku pon cam tue gak..tambah2 kalau member2 taknak ikut join sekali atau terikut member tgk tv ke tdoq ke g best..kan...drpada berpeluh sorang2 diri kat padang tue..hehe..


Tp sekarang sejak tgk kawan2 suma cam cun2 kurus2..kawen..jeng2..hahaha..kmi pon pergilah jog..dah mula sejak mggu lepas..tak miss g utk jog..kecuali hujan turunlah..hihihi..

sebenarnya jog neh bayak kelebihan dia..bukan utk kurus..tetapi utk kesihatan diri kita..betul tak??Kita makan mcm2 tapi tak bersenam..org selalu ckp t efek time kita tua????..kan3....


kat cnie ada aku kasik kelebihan jogging neh: diambil dr blog:
Acikko
1. sihat tubuh badan..akan rase segarrr...
2.aktif dan cergas...
3.baik untuk penurunan berat badan
4.baik untuk jantung
5.aktiviti sukan paling mudah dan menjimatkan..

tip joging..
1. jog pada waktu petang n paling best waktu pagi..
2.20min setiap sesi...non stop lagi bagus.
3.pakai kasut yang sesuai.. jgn pakai bedal je pkai kasut shoping n futsal..
4.ajak kwn..makwe,pakwe,abg,adik,kakak,abah,mak,sedare n smue golongan masyarakat.




Tuesday, January 11, 2011

~TaK maU gemuk~


hehehe..Tgk tajuk pon cam tak bestkan..hahaha...well sebenarnya aku nak promote satu blog neh..betoi2 membantu kpd sapa2 yg nak kurus..sebab aku neh gumuklah gak..hahaha..

ia adalah blog:http://www.taknakgemuk.com/...
blog neh byak membantu sgt..kita tak payah buang duit beli makanan tuk kurus ke,just mate 5 ke..apa2 lah..ini betoi2 membantu anda..tp kena wat betul2lah...
kita mesti ingat kurus untuk kesihatan kita gak..betoi tak??hehehe..makanan kadang2 punca segala penyakit..

mula2 aku baca blog neh mgg tekad nak diet..tp bila balik umah..mak masak sedap2 hampeh..hahaha...tp aku tak makan nasik dah...gan makan sebelum pukul 8...satu g minum air..minum air dgn banyak..mgg sgt membantu k...

diet yg diterangkan dlm blog tue..diet atkins dimana kita hnya makan benda2 protein jer..kalau nak tahu lebih lanjut pglah blog tue....aku mgg peminat utama blog tue...yehaaa...

korang bleh tgk berapa ramai org berjaya ikut program diet dia..mgg super dzullah(nama pemilik blog tue)....

~Selamat sihat semua~

Monday, January 10, 2011

~minyaK Takdak~


Erm knp minyak bleh abis ekk??bukan byak ka pokok kelapa sawit di malaysia neh..tambah2 di tj malim...hehehe..

td balik kelas ingat pg kedai sgah beli minyak tp takde plk..mggu lepas tgk ade lg..tp tak teringat nak beli..diorang sorok kot...mana lah tahu kan..utk naikkan harga...

kat Tj malim neh..takde plk tesko ke ekonsave ke...murah2..kalau nak pg beli barang basah..bilalah nak ade ekonsave????

tak suke kedai depan taman U neh..terlalu mahal..cekik darah student...kmi terpaksa beli..sebab dah kedai lain jauh..toup pon kena cas 5 kupang..mana aci..ermm...

brang sekarang betul2 dah naik harga kan...sebab minyak petrol naik??mgg besar sgt efek dia..tambah2 student cam kmi yg blom masuk duit PTPTPU neh..arrghh..bilalah nak masuk..
ade org ckp ujung bulan..pokailah aku lagu neh,hehehe...


cakap pasal lagu plk...Semalam AJL mgg tak aci...knp anna rafali bleh menang??dia nyanyi tak jelas sgt dgar..vokal dia takdelah hebat sgt pon..walaupon AJL semalam mgg best tp keputusan jer yg tak best..Hafiz walaupon aku tak suke sgt gaya dia..tp mgg persembahan dia bgus..nyanyian dia pon sedap..mgg berbaloilah dia menang..tp anna rafali???ermm..

well kesimpulannya..sape2 ade minyak lebih bleh lah tlg sedekahlan kat umah kmi neh..hahaha...sekian

Sunday, January 9, 2011

~MAlam AJL~


semekom..hihi..malam neh AJL kan..seb beklah umah sewa ada tv..hehehe..t mlm kena cop tempat awai2..bru lah cam live ckit..hahaha...

sebenarnya aku nak p kl sebab dah booking tiket..tp masalahnya PTPTPU tak masuk g..so terpaksalah batalkan tikel..hahaha..

Takdelah..mana penah pg AJL pon..tgk kat umah jer..malas bersesak2...hihi...

well kali neh aku menjangkakan..cewah...Faizal Tahir menang..hihi...lagu dia sedap sungguh..sora pon tentunya sedap kan....


anda rasa sapa menang???tunggu malam neh..hihi..tp AJL kali neh iklan dia aku memang betoi2 tak paham...yg FBI nek moto tue??apa maksud dia???apa kena mengena gan AJL????
hehehe...


oklah malam neh jom tgk ramai2...daaa...


(^_^)V